PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (4-SEBELAH) 2013 VPM
VPM 4vs4 VOLLEYBALL TOURNAMENT 2013
TARIKH : 21hb April, 2013( Ahad)
MASA : JAM 8.00 pagi HINGGA 6.00 ptg
TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
Participating Teams – Groupings
Game Schedule
Muat Turun Borang Penyertaan (Klik di sini)
Download Entry Form (Click Here)
- OBJEKTIF PERTANDINGAN:
1.1. MEMPROMOSIKAN BOLA TAMPAR PADANG SEBAGAI SUKAN REKREASI.
1.2. MENGALAKAN AKTIVITI BERSUKAN UNTUK KESIHATAN ORANG RAMAI.
- PENGELOLA BERSAMA:
2.1. KELAB SUKAN VPM dengan kerjasama
2.2. JABATAN BELIA & SUKAN PULAU PINANG.
- SASARAN KUMPULAN:
3.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pasukan-pasukan dari negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.
3.2. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 24 pasukan (12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita).
- TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1. TARIKH : 21hb April, 2013( Ahad)
4.2. MASA : JAM 8.00 pagi HINGGA 6.00 ptg
4.3. TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
- PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1. Borang penyertaan boleh didapati daripada Setiausaha, Kelab Sukan VPM Bayan Baru, Pulau Pinang
5.2. Yuran Penyertaan: RM50-00.
5.3. Tarikh tutup: 10hb April 2013
5.4. Semua borang penyertaan dan yuran mesti diserah pada atau sebelum tarikh tutup kepada:
En. LE Choong (Setiausaha Kejohanan) H/P:012-4533044 Fax :04-6439216, Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
(PIHAK PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PASUKAN YANG TERLEWAT)
- HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan adalah saperti berikut:
6.1. JOHAN : Baucar RM100-00 + Pingat
6.2. NAIB JOHAN : Baucar RM 75-00 + Pingat
6.3. TEMPAT KETIGA BERSAMA : Baucar RM 50-00 + Pingat
- SISTEM PERTANDINGAN:
7.1. Sistem Pertandingan akan ditentukan dengan jumlah penyertaan.
7.2. Pihak penganjur berhak mengubahsuai peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.
- UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1 Upacara perasmian ringkas akan diadakan pada pemulaan pertandingan, semua pasukan di wajib menyertai perasmian ini. Untuk upacara penutup, semua pasukan yang menang – tempat pertama hingga ketigadi wajib hadir dengan semua pemain nya untuk menerima hadiah masing-masing. Hadiah tidak akan di berikan kepada mana-mana pasukan yang tidak hadir pada majlis penutupan ini.
- PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1. Sila merujuk kepada Lampiran A
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
- Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
- Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
- Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 5 orang peserta.
- Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
- Pertandingan akan dijalankan dengan 1 set (25 mata) sahaja untuk semua perlawanan kecuali di perinkat perlawanan akhir. Pasukan hendak bertukar gelanggang apabila salah satu pasukan telah memperolehi 13 mata.
- Sistem pengiraan mata adalah seperti sistem pingpong. Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
- Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out”. Setiap “Time Out” adalah 30 saat.
- Setiap pasukan mesti ada 4 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
- Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 15 minit dari masa yang telah dijadualkan.
- Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” tidak di kira sebagai satu pukulan. Pemain akan membuat servis mengikut giliran dan mengikut pusingan (rotation).
- Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delagasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
- Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh pihak pengelola.
Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bola Tampar Padang (4-Sebelah) VPM 2013.