PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI ANJURAN BERSAMA JBSNPP & KELAB SUKAN VPM
(Pertandingan Bola Tampar 3-sebelah)
TARIKH : 14hb November, 2015 (Sabtu)
MASA : Jam 8.00pagi – 2.00petang.
TEMPAT : Gelanggang B.Tampar Pantai Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
Final Result:
Women Category
Champion: T4
Runner Up: Young Girls
3rd Place: 007
Men Category:
Champion: Cheers
Runner Up: ECVC
3RD Place: The Island
Final Result:
Women Category
Champion: T4
Runner Up: Young Girls
3rd Place: 007
Men Category:
Champion: Cheers
Runner Up: ECVC
3RD Place: The Island
1. NAMA PERTANDINGAN:
1.1. KARNIVAL RAKAN MUDA DAY OUT NEGERI PULAU PINANG 2015
(PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH).
2. PENGELOLA BERSAMA:
2.1. Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dan
2.3 Kelab Sukan VPM
3. SASARAN KUMPULAN:
3.1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pemain berumur 15 tahun hingga 30 tahun. Anggaran bilangan pasukan yang mengambil bahagian ialah 16 pasukan (8 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita).
4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN:
4.1. TARIKH : 14hb November 2015 (Sabtu)
4.2. MASA : Jam 8.00pagi – 2.00petang.
4.3. TEMPAT : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.
5. PENDAFTARAN DAN TARIKH TUTUP:
5.1. Borang penyertaan boleh akan didapati dari facebook: volleyball pillar management
5.2. Yuran Penyertaan: RM30-00.
5.3. Tarikh tutup: 11hb November 2015.
5.4. Semua borang penyertaan mesti fax/emel kepada pihak penganjur pada atau sebelum tarikh tutup (Pihak penganjur berhak membatalkan pasukan yang terlewat).
Fax: 04-6460718 / Emel: volleyball.pillarmanagement@gmail.com
6. HADIAH KEMENANGAN:
Hadiah-hadiah kemenangan adalah saperti berikut:
6.1. JOHAN : Wang Tunai RM200-00
6.2. NAIB JOHAN : Wang Tunai RM100-00
6.3. KETIGA BERSAMA : Wang Tunai RM 50-00
7. SISTEM PERTANDINGAN:
7.1. Sistem Pertandingan akan di tetapkan oleh pihak penganjur.
7.2. Pihak penganjur berhak mengubahsuaikan peraturan pertandingan untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.
8. UPACARA PERASMIAN/PENUTUP:
8.1.1 Upacara penutupan ringkas akan diadakan selepas perlawanan akhir.
9. PERATURAN PERTANDINGAN:
9.1. Sila merujuk kepada Lampiran A
LAMPIRAN A
PERATURAN PERTANDINGAN
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pemain berumur 15 hingga 30 tahun.
- Tinggi net untuk pertandingan lelaki ialah 2.43 meter; manakala untuk wanita ialah 2.24 meter.
- Bola pertandingan yang digunakan akan di tentukan oleh pihak penganjur.
- Setiap pasukan di kehendaki mendaftar 3 orang peserta.
- Jersi yang seragam warna diperlukan untuk setiap pasukan. Nombor mesti jelas dicetak..
- Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati atau liga berkumpulan dengan 1 set (25 mata) sahaja.
- Sistem pengiraan mata adalah saperti sistem pingpong. Apabila terdapat mata seri 24:24 pasukan yang menang mesti mendahului dengan 2 mata.
- Dalam setiap perlawanan, pasukan dibenarkan 1 kali “Time-Out” 30 saat sahaja.
- Setiap pasukan mesti ada 3 orang peserta yang bertanding dalam gelanggang. Mana-mana pasukan yang tidak lengkap, kemenangan akan di beri kepada pihak lawan.
- Pasukan yang terlewat melaporkan diri akan dikira memberi “Walk Over” kepada pihak lawan selepas 10 minit dari masa yang telah dijadualkan.
- Dalam perlawanan hanya maksima 3 pukulan dibenarkan untuk menghantar bola ke gelanggang lawan dan “blocking” di kira sebagai satu pukulan.
- Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan mesti memberitahu pengadil bertugas secara lisan dan mengikut langkah-langkah bantahan dengan wang deposit RM200-00 dalam 30 minit dari tamat perlawanan. Bantahan/rayuan akan di pertimbangkan oleh Delegasi Teknikal/Delegasi Referi. Keputusan dibuat oleh Delegasi ini adalah muktamad. Pemain tidak dibenarkan membantah tentang keputusan pengadil atas “playing fault”.
- Peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan berdasarkan ke atas PERATURAN BOLA TAMPAR PANTAI FIVB.
Disediakan Oleh: Jawatankuasa Penganjur, KARNIVAL RAKAN MUDA DAY OUT P.PINANG 2015 – PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PANTAI 3-SEBELAH.